7 Februari 2025, Ibu Pejabat MARA – Satu taklimat mengenai Skim Takaful Mutiara Plus telah diadakan bertempat di Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif (BITK) MARA.
Skim Perlindungan Takaful Keluarga Berkelompok ini disediakan khas oleh RCB dengan kerjasama BSM MARA yang direka untuk memberi perlindungan kepada semua kakitangan MARA, subsidiari dan tanggungan mereka.
Pihak RCB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang telah mencarum bagi perkhidmatan ini. Bagi mereka yang belum berbuat demikian, anda digalakkan untuk mencarum dan memanfaatkan perlindungan yang disediakan. Dengan hanya bayaran caruman atau sumbangan serendah RM10, anda dapat memastikan perlindungan yang berharga untuk masa depan anda dan keluarga. Jadilah sebahagian daripada mereka yang mengambil langkah bijak untuk perlindungan dan keselamatan.
Sila layari www.ruralcapital.com.my untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh memperbaharui takaful kenderaan dan roadtax anda melalui laman web digital kami di rcbcare.senang.io/referral/rcbcare.