23 Februari 2025, Kuala Lumpur – Rural Capital Berhad dengan bangganya menjadi salah satu penaja utama bagi Larian MARA 2025. Acara ini diadakan dengan kerjasama di antara MUAFAKAT MARA Malaysia, MARA dan ANSARA Malaysia sempena Sambutan Hari MARA ke-59. Larian ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abd Manaf.
Turut serta dalam larian ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim serta kakitangan Rural Capital Berhad seramai 29 orang bagi menyatakan sokongan.
Larian MARA 2025 ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan Sambutan Hari MARA ke-59, tetapi juga sebagai satu langkah bagi merapatkan lagi hubungan di antara ibu bapa pelajar MRSM, Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA bersama dengan bekas pelajar MRSM dan warga kerja MARA dengan memupuk semangat kesihatan dan kecergasan di kalangan warganya. Dengan jumlah penyertaan keseluruhan seramai 800 orang, acara ini telah berjaya memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan di dalam komuniti MARA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *