Program RCB Peduli Pendidikan @ SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu

Kuala Terengganu, 30 Julai 2024 – Telah berlangsung Program Pembangunan Pelajar MARA Student Intensive Programme (MSIP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bertempat di SMK Tengku Bariah.

Program melibatkan 120 pelajar tingkatan lima daripada 4 buah Sekolah sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Program telah dirasmikan oleh Ybrs. Pn. Afizah Zubaidah binti Embong, Timbalan Pengarah (Pembangunan) MARA Negeri Terengganu.

Dibawah inisiatif Program RCB Peduli Pendidikan, RCB turut menyumbang wang saku dan Takaful Skim Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok kepada 30 orang pelajar asnaf.

#amanahrakyat
#ruralcapitalberhad
#sederapmemenuhiharapan
#malaysiamadani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *