Johor Bharu, 27 Julai 2024 – Program Peace of Mind 6.0 Johor telah berlangsung selama 3 hari, bermula pada hari Sabtu hingga Isnin (27 Julai 2024 sehingga 29 Julai 2024), bertempat di Pejabat MARA Negeri Johor yang terletak di ruang legar Plaza Larkin, Johor Bahru, Johor.
Para peserta program berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pakar-pakar industri, mendapatkan nasihat mengenai perancangan kewangan, serta menerima maklumat terkini mengenai peluang pembiayaan dan bantuan yang disediakan oleh MARA. Selain itu, program ini juga menyediakan platform untuk para usahawan berkongsi pengalaman dan membina rangkaian yang kukuh di kalangan mereka.
Program Peace of Mind 6.0 di Johor ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Peserta-peserta program melahirkan rasa puas hati terhadap pengisian program yang disediakan dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk manfaat yang lebih besar kepada komuniti setempat.