Bukit Jalil, 20-22 September 2024 – RCB telah dijemput oleh MARA sebagai pempamer di Program MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2024, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Program ini dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri (TPM). MARA Automotive Ecosystem 2024 (MATEC 2024) adalah acara yang pertama kali dianjurkan oleh MARA untuk memperkukuh industri automotif di Malaysia. Berlangsung dari 20 hingga 22 September 2024 di Stadium Bukit Jalil, acara ini selari dengan Dasar Automotif Negara (NAP2020) dan bertujuan membantu usahawan automotif Bumiputera mencapai kejayaan di peringkat global.

Antara tarikan utama MATEC 2024 adalah pameran produk automotif, sesi perkongsian usahawan, perjanjian kerjasama strategik, dan aktiviti menarik seperti himpunan kereta dan motosikal, pertandingan e-sukan, konsert, dan sesi meet and greet bersama personaliti industri. Acara ini dijangka menarik kehadiran 30,000 pengunjung dalam tempoh tiga hari​
RCB mengambil peluang ini untuk mempromosikan produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Terminal Tanpa Tunai RURALPAY dan produk-produk Takaful kepada pengunjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *