Komitmen RCB dan YPM Dalam Membentuk Generasi Cemerlang
Kuala Lumpur, 9 April 2025 – RCB dengan rasa komitmen yang tinggi terhadap pembangunan pendidikan telah menyumbangkan dana berjumlah RM100,000 kepada Yayasan Pelajaran Mara (YPM) bagi pelaksanaan Program Tuisyen Pintar pada tahun ini.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi RCB, YBhg. Encik Noor Hariri bin Mohamed Noor kepada Pengerusi YPM, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said, disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim bersama Encik Zainal Rashid bin Zakaria, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Pembangunan Dana YPM, Tuan Haji Mat Zailani bin Mat Nawawi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Khidmat Pengurusan dan Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Khidmat Operasi YPM bertempat di Ibu Pejabat RCB Kuala Lumpur.
Program Tuisyen Pintar ini merupakan inisiatif penting yang bertujuan untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mendapatkan akses kepada pendidikan tambahan yang berkualiti. Dengan adanya sumbangan ini, pihak YPM akan dapat memperluaskan lagi pelaksanaan program ini dengan menyentuh lebih ramai komuniti di luar bandar dan dapat memberi impak positif terhadap pencapaian akademik pelajar di seluruh negara.
Encik Noor Hariri bin Mohamed Noor dalam ucapan beliau menyatakan bahawa sumbangan ini mencerminkan komitmen pihak RCB dalam menyokong usaha YPM untuk memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang ekonomi.
Pihak YPM pula mengucapkan penghargaan yang tinggi di atas keprihatinan dan sokongan daripada RCB. Dana ini akan digunakan secara optimum untuk mencapai matlamat program, selaras dengan visi YPM untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.
Majlis serahan ini menjadi bukti kukuh kerjasama strategik antara pihak RCB dan YPM, sekali gus menyumbang kepada pembangunan pendidikan yang inklusif dan mampan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *