PETALING JAYA, 14 November 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) telah menyertai MARA Corporation Group Inter-Company & Media Bowling Tournament 2026 yang julung kali dianjurkan oleh MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corp) bertempat di Wangsa Bowl, 1 Utama, Petaling Jaya.
Kejohanan ini menghimpunkan sebanyak 30 pasukan dengan penyertaan seramai 120 peserta yang terdiri daripada warga kerja anak syarikat Kumpulan MARA Corp serta wakil organisasi media. Penganjuran ini bertujuan memupuk semangat berpasukan, mengeratkan hubungan profesional serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam suasana santai dan mesra.
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Ir. Dr. Mahzan Teh dan turut dihadiri oleh GCEO MARA Corp, Tuan Haji Yahaya Sani, barisan pengurusan tertinggi MARA dan MARA Corp serta wakil-wakil anak syarikat Kumpulan.
Penganjuran sulung ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga kerja Kumpulan MARA Corp, malah turut memperkukuh jalinan kerjasama dan hubungan baik bersama rakan media serta pihak berkepentingan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil RCB yang telah berjaya meraih kemenangan dalam kejohanan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada semangat kesukanan, kerjasama dan kecemerlangan warga kerja RCB dalam setiap bidang yang diceburi.
Terima kasih kepada MARA Corp atas penganjuran kejohanan yang penuh bermakna ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *