Kuala Lumpur, 6 Mac 2026 – Telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh seluruh warga kerja Rural Capital Berhad (RCB) bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Majlis ini diadakan di Ibu Pejabat RCB serta turut disertai oleh Pejabat Operasi dan Cawangan Negeri RCB secara atas talian.
Majlis yang penuh bermakna ini diimarahkan dengan bacaan Al-Quran secara bersama sehingga khatam. Program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja RCB.
Majlis khatam Al-Quran ini turut dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, dan berlangsung dengan penuh tertib serta lancar.
Semoga penganjuran majlis seumpama ini terus kekal amalan dalam kalangan warga kerja RCB.
