Beruas, 18 Ogos 2025 – Telah berlangsung Kursus Peningkatan Kontraktor di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) anjuran GIATMARA Negeri Perak bertempat di Dewan Datoβ Sagor, Kolej Komuniti Bagan Datuk.
Pihak RCB telah diberi tanggungjawab untuk memberi Taklimat Pembiayaan SKOPP kepada 80 orang kontraktor yang hadir dan mengambil bahagian dalam program ini.
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan berkaitan Skim Pembiayaan SKOPP kepada kontraktor sebagai alternatif untuk kontraktor yang sukar mendapatkan pembiayaan kontrak binaan dari mana-mana institusi kewangan yang berdaftar. RCB juga turut mempromosikan Skim Perniagaan lain antaranya SPED & Takaful .
Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Khidmat Pengurusan GIATMARA Malaysia, En. Hj Mohammad Sadzilan bin Mohd Saad, Pegawai GIATMARA Bagan Datuk, En.Nazri bin Mohamed.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat maklumbalas yang positif daripada para peserta. Disamping itu juga RCB. mendapat sokongan penuh daripada GIATMARA Negeri Perak khususnya dalam aspek pembiayaan yang disalurkan mampu memberi manfaat besar kepada kontraktor -kontraktor bumiputera.