KLANG, 11 Jun β Rural Capital Berhad (RCB) hari ini dengan penuh rasa tanggungjawab korporat telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,145 kepada Sekolah Rendah Agama Pandamaran Jaya, Klang.
Sumbangan ini meliputi satu (1) unit penghawa dingin (1.5HP), satu (1) unit printer dan dua (2) unit komputer yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemudahan operasi sekolah serta menyokong kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih selesa dan efisien di sekolah berkenaan.
Majlis penyerahan ini telah diadakan di sekolah berkenaan dan disempurnakan oleh YBhg. Datoβ Afandi bin Nordin, Ahli Lembaga Pengarah RCB bersama En. Mohd Johari Idham Bin Amiruddin, Ketua Korporat RCB. Turut hadir, Guru Besar sekolah, Puan Hajah Misriah binti Haji Omar serta barisan guru yang menyambut baik inisiatif ini selain diserikan dengan kehadiran wakil komuniti dan PIBG sekolah.
RCB komited untuk terus menyokong inisiatif pendidikan dan berharap sumbangan ini dapat memberi impak positif kepada prestasi akademik pelajar.