KEDAH, 18 Mac 2025 – Majlis berbuka puasa peringkat Pejabat MARA Negeri Kedah telah diadakan bertempat di Pejabat MARA Negeri Kedah. Program ini merupakan anjuran Pejabat MARA Negeri Kedah dengan dihadiri oleh kakitangan MARA, subsidiari MARA, anak-anak yatim daripada Rumah Kanak-Kanak Darul Aitam, pelajar tahfiz daripada Maahad Tahfiz Datul Quran dan anak-anak asnaf Kariah Masjid At-Taqwa.
Majlis diserikan dengan dengan kehadiran Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan (Pelaburan) dan jemputan khas 100 orang anak yatim, tahfiz dan anak asnaf kariah Masjid At-Taqwa. Rural Capital Berhad turut serta memberi sumbangan berupa duit raya kepada semua pelajar yang hadir.
Semoga setiap kebaikan yang dikongsi menjadi asbab keberkatan dan rahmat buat kita semua.