23 Februari 2025, Tawau – Rural Capital Berhad (RCB) dalam program ini telah dengan sukacitanya menyumbang sebuah motorsikal SM 110E sebagai salah satu hadiah utama untuk sesi cabutan bertuah yang diadakan pada Program Sentuhan Kasih Desa @ Tawau 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, Sabah. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti MARA, GIATMARA, RISDA, DESAMALL, FELCRA, FELDA dan banyak lagi.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan inisiatif pembangunan luar bandar kepada masyarakat Tawau dan sekitarnya, serta memberikan pendedahan tentang peluang kemahiran dan pembangunan yang disediakan oleh pelbagai agensi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Kehadiran beliau memberi satu pengiktirafan yang besar kepada usaha kerajaan dalam memperkasakan pembangunan luar bandar, khususnya di Tawau.
Sebagai salah satu agensi yang terlibat, RCB juga telah memperkenalkan beberapa produk dan inisiatif berkaitan pembangunan luar bandar seperti produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) kepada pengunjung.
Penyertaan RCB dalam program Sentuhan Kasih Desa @ Tawau 2025 adalah langkah yang sangat positif dalam
memperkukuhkan hubungan bersama agensi kerajaan lain serta meningkatkan keterlibatan RCB dalam pembangunan komuniti luar bandar. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada RCB untuk mempromosikan inisiatifnya dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.
RCB akan terus komited untuk mengambil bahagian di dalam program-program seumpama ini di masa hadapan untuk memastikan impak yang lebih besar terhadap masyarakat luar bandar. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menjayakan program ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *