Pekan, 9 November 2024 – Program Santuni Madani @ Pekan telah diadakan dengan jayanya di Kampung Tanah Putih, Pekan, Pahang dengan memberikan impak yang positif kepada komuniti Pekan hari ini.
Dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Pelajaran MARA (YPM), GIATMARA, dan UniKL, program ini telah menyalurkan sejumlah RM30,500.00 secara keseluruhannya kepada 50 pelajar dan 40 keluarga asnaf di sekitar mukim Pahang Tua.
Sumbangan berbentuk cermin mata, beg sekolah, alat tulis dan wang tunai telah disalurkan kepada para pelajar untuk memastikan prestasi yang cemerlang dalam akademik dan kehidupan seharian.
Selain itu, sumbangan Selenggara Elektrik Rumah Idaman (SERI) telah disalurkan kepada para keluarga asnaf untuk memastikan mereka menikmati kehidupan yang lebih selesa. Program pada kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datoβ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA.
Turut diadakan lawatan ke usahawan-usahawan tempatan kawasan Kampung Tanah Putih bagi membantu dalam pembangunan perniagaan dan juga telah berlangsungnya perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan MARA Mavericks dan pasukan Mukim Pahang Tua bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara MARA, RCB dan masyarakat setempat.