Kuching, 29 Oktober 2024 – Program Peace of Mind (POM) anjuran MARA Negeri Sarawak telah dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 27 hingga 30 Oktober ini di Arked Plaza Astana, Kuching, bertujuan memberikan pendedahan serta sokongan menyeluruh kepada pegawai dan komuniti MARA bagi memperkasa pengurusan kewangan serta kebajikan para peserta.
RCB Cawangan Negeri Sarawak turut hadir dengan membuka reruai promosi yang memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan bayaran balik pinjaman kepada pengunjung. Disamping itu juga, RCB turut mengambil peluang mempromosikan produk-produk pembiayaan dan takaful sedia ada kepada pengunjung yang hadir.
Penyertaan RCB Cawangan Negeri Sarawak dalam program ini bukan hanya memfokuskan kepada promosi tetapi juga menyokong usaha MARA dalam memperluas akses kepada kemudahan kewangan serta memastikan para usahawan dan individu memperoleh maklumat serta bimbingan yang diperlukan untuk mengurus perniagaan dan kewangan mereka dengan lebih berkesan.