Kota Samarahan, 05 Oktober 2024 – MARA telah mengadakan Program Pemerkasaan Wanita Kota Samarahan 2024 di INFRA Cawangan Sarawak, Kota Samarahan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang. Program ini bertujuan untuk menghargai sumbangan dan kebolehan wanita dalam dunia keusahawanan.
RCB Cawangan Negeri Sarawak juga telah dijemput untuk hadir bersama di program tersebut sebagai pempamer terutama untuk produk pembiayaan SPED & Takaful serta diberi peluang untuk memberi taklimat SPED. Pihak RCB telah mendapat sambutan yang memuaskan dari usahawan-usahawan wanita pada hari tersebut.
Disamping itu juga, RCB telah memberi sumbangan bantuan Asnaf kepada 10 orang penerima semasa program ini berlangsung. Setinggi penghargaan & terima kasih kepada MARA atas jemputan serta kerjasama yang telah diberikan kepada RCB untuk program ini. Pegawai RCB yang terlibat adalah Pn. Siti Azyinie Binti Sabri, Pn. Nur Stephanie Thomas, En. Muhammad Aiyqqal Aiman & En. Mohd Abd Hadi.