Rural Capital Berhad (RCB) telah melancarkan program kesihatan tahunan iaitu Jom Sihat RCB 2024 di ibu pejabat RCB dengan tujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan dan komuniti. Program ini memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan mental secara menyeluruh.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program,seperti Ceramah Amalan Gaya Hidup Sihat dan Saringan Kesihatan Percuma. Para peserta juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan penyertaan dalam RCB Hiking & Treasure Hunt, RCB Virtual Run & Walk dan RCB Weight Loss Chalenge yang dianjurkan.
Program Jom Sihat RCB 2024 ini bukan hanya bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan kesihatan, tetapi juga sebagai platform untuk memperkukuhkan hubungan antara kakitangan RCB dan masyarakat. Dengan kesihatan yang baik, kita dapat meningkatkan produktiviti serta kesejahteraan dalam kehidupan seharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *