Pada 29 September 2024, bertempat di Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), telah berlangsung acara Pandai Ceremony Coloring Contest Award yang dianjurkan oleh Pandai Education Sdn Bhd dengan kerjasama Rural Capital Berhad (RCB) melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), yang bertindak sebagai penaja utama.
Pertandingan ini mencatat sejarah apabila berjaya mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records dalam kategori โ€˜Penyertaan Terbanyak dalam Pertandingan Mewarnaโ€™ dengan 101,705 penyertaan yang melibatkan pelajar dari seluruh negara.
Acara tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa, guru-guru, serta pelajar sekolah rendah dan menengah. Selain pertandingan mewarna, KIK dan RCB juga menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di reruai mereka, termasuk permainan e-games untuk kanak-kanak, pemberian hadiah peralatan mewarna, promosi produk perkhidmatan RCB, serta pengenalan aplikasi kitar semula yang inovatif.
Taklimat dari pihak RCB disampaikan oleh Encik Mohd Johari Idham Amiruddin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, yang berkongsi tentang peranan MARA dan RCB serta sumbangan mereka terhadap pembangunan pendidikan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *