Miri, 28 September 2024 – RCB Cawangan Negeri Sarawak telah dijemput oleh Kementerian Kemajuan Desa Wilayah sebagai pempamer di Program Madani Rakyat 2024 bagi Zon Sarawak yang sedang berlangsung di Perkarangan Boulevard Shopping Mall, Miri, Sarawak.
Program ini telah dirasmikan oleh YAB Datoโ€™ Seri Anwar Bin Ibrahim (Perdana Menteri Malaysia), YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg (Premier Sarawak) & YAB Datoโ€™ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof (Timbalan Perdana Menteri Malaysia).
RCB telah mendapat sambutan yang sangat memuaskan dalam mempromosikan produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan produk-produk Takaful daripada pengunjung sepanjang program ini berlangsung.
Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Hiruddin Bin Hashim (Ketua Pegawai Eksekutif RCB) serta Kakitangan RCB, Pn Wan Nazatul Aminah, Pn Siti Azyinie dan Pn Nur Stephanie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *