Kuching, 12 Ogos 2024- Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4 Tahun 2024 telah berlansung di Penview Convention Centre (PCC) Demak, Kuching Sarawak. Program ini berlangsung selama 2 hari (12 & 13 Ogos 2024).
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Rural Capital Berhad (RCB) juga terlibat dalam program ini bagi mempromosikan produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan produk Takaful sambil bersesi suai kenal dengan usahawan-usahawan yang hadir di program ini.
Turut bersama dalam program ini ialah Encik Amansahrin (Ketua Bahagian Operasi Sokongan Perniagaan), Puan Siti Azyinie (Ketua Cawangan Negeri Sarawak) & Puan Nur Stephanie (Eksekutif Pembiayaan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *