Melaka, 1 April 2024 β Rural Capital Berhad (RCB) telah menyumbang sebanyak RM 13 ribu kepada 100 asnaf kariah Masjid Al-Hasaniah bersempena Majlis Iftar dan Sumbangan Aidilfitri Santuni Asnaf kariah Masjid Al-Hasaniah di Rumah Kahwin, Kompleks Ikan Bakar Terapung, Kuala Sungai Baru, Melaka hari ini. Program ini merupakan program anjuran bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi-agensi di bawah KKDW.
RCB telah menyalurkan dana sebanyak RM 13,000.00 merangkumi sumbangan jamuan iftar dan wang tunai RM100 kepada asnaf yang hadir ke program ini. RCB berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban asnaf dalam persiapan bulan Syawal yang bakal menjelang. Serahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, YB Timbalan Menteri KKDW.
Turut serta di dalam program ini adalah YB Tuan Haji Rosli Abdullah, ADUN Sungai Linggi, YBhg. Encik Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi RCB, YBhg. Datoβ Afandi bin Nordin, Ahli Lembaga Pengarah RCB, YBrs. Puan Nurfazreen Elyana binti Muhamad Zailan, Ahli Lembaga Pengarah RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB dan wakil kakitangan KKDW, RCB serta agensi-agensi di bawah KKDW.