KUNJUNG HORMAT DAN SESI LIBAT URUS BERSAMA YB DR MUHAMAD AKMAL BIN SALEH (WAKIL RAKYAT DUN MERLIMAU)

Melaka, 01 Feb 2023 – Telah berlangsung kunjung hormat dan sesi libat urus di Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Program ini merupakan satu inisiatif yang diaturkan oleh Cawangan Negeri Melaka bagi tujuan memperkenalkan fungsi utama RCB dalam menyediakan penawaran perkhidmatan bagi agensi luar. Selain itu, sesi libat urus ini juga menerangkan produk Takaful Berkelompok, pembiayaan SPED dan ‘Digital-Based Solution’ yang turut disediakan oleh pihak RCB.
Pihak RCB memohon jasa baik YB untuk mewar – warkan produk SPED ini dikalangan usahawan dikawasan DUN Merlimau.
Turut sama dalam sesi kunjung hormat dan libat urus ini adalah Pn. Nur Azreena Ramdan (KCN Melaka) dan Pn. Nur Fazrena Mohd Aziz (Penolong Eksekutif Pembiayaan RCB Melaka).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *