Delegasi RCB yang diketuai oleh CEO, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim bersama Ketua Unit Pembiayaan dan kakitangan RCB cawangan negeri Sabah telah mengadakan satu lawatan ke premis usahawan pada petang hari ini.
2 premis tersebut adalah Aria Craft yang menjalankan aktiviti perniagaan kraftangan dan Nurhas Tyre pengusaha jualan tayar kenderaan.
Kedua-dua usahawan ini adalah merupakan usahawan yang sedang dalam proses permohonan pembiayaan SPED bersama RCB bertujuan untuk memajukan lagi perniagaan mereka melalui pembiayaan untuk membeli mesin-mesin keperluan bagi meningkatkan lagi produktiti dan hasil jualan mereka.
Kami di RCB bersedia membantu anda untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan lebih baik.