Melaka, 12 Jun 2024 – Pihak RCB Cawangan Negeri Melaka dan Unit Perniagaan Runcit (UPR) telah memberikan taklimat berkaitan Skim Takaful Mutiara Plus kepada pihak pengurusan dan kakitangan Pejabat MARA Negeri Melaka. Maklumbalas yang positif telah diberikan daripada pihak pengurusan serta terdapat beberapa kakitangan telah mencarum.
Staff RCB yang terlibat adalah Encik Rahman Shah dari pihak UPR dan Puan Nur Fazrena Mohd Aziz dari Cawangan Melaka.