Seremban, 19 Jan 2023 – Telah berlangsung satu sesi taklimat pembiayaan SPED oleh Rural Capital BHD yang bertempat di Giatmara Seremban yang di hadiri oleh En Ahmad Nazman pegawai MARA Seremban, En Muzahisham & En Afham Afif dari RCB HQ serta En Razuan dari RCB Cawangan Negeri Sembilan.
Program ini adalah salah satu inisiatif bersama RCB dan Giatmara bagi membantu lepasan pelajar giat yang telah menceburi bidang keusahawanan. Program in turut disertai secara online dari usahawan-usahawan Giatmara diseluruh Negeri Sembilan.