Pekan, 2 Ogos 2022 – Rural Capital Berhad (RCB) pada hari ini telah menyampaikan satu taklimat berkaitan Kempen Cashback Takaful & Penawaran Produk/Perkhidmatan Perlindungan Takaful bertempat di GiatMARA negeri Pahang
Taklimat ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk takaful yang ditawarkan oleh Rural Capital Berhad. Taklimat ini adalah meliputi produk-produk Takaful Motor, Group Personal Accident (GPA), Group Term Takaful (GTT) dan Group Hospitalization (GHS)
Taklimat telah dihadiri pengawal-pengawal pusat GiatMARA seluruh negeri Pahang. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah GiatMARA Pahang iaitu En Mohamad Azrul Bin Yahya