Pelabuhan Klang, 1 Februari 2024 β Rural Capital Berhad (RCB) telah menyampaikan sumbangan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Kelang sebanyak RM13,000.00 hari ini dalam Majlis Apresiasi 2023/2024 bertempat di Dewan Gemilang SK Pelabuhan Kelang, Selangor.
Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membantu 100 orang murid yang memerlukan bantuan persekolahan dan juga meraikan para murid yang cemerlang dalam Majlis Apresiasi SK Pelabuhan Kelang 2023/2024. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datoβ Afandi bin Nordin, Ahli Lembaga Pengarah RCB yang merupakan alumni bagi sekolah tersebut. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu para murid mempelajari ilmu-ilmu di sekolah dengan lebih tekun dan rajin demi mencapai cita-cita yang diidami.
Turut menghadiri Majlis Apresiasi ini, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB, YBrs. Hajah Mastura binti Tajul Arifin, Guru Besar SK Pelabuhan Kelang, YBrs. Encik Fazli bin Zakariah, Yang di-Pertua PIBG SK Pelabuhan Kelang, para guru, para ibu bapa dan juga murid-murid SK Pelabuhan Kelang.