Kuala Lumpur, 27 November 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kad ID Baharu kepada kakitangan RCB pada hari ini. Majlis ini merupakan salah satu inisiatif RCB dalam memperkukuh imej korporat serta memperkenalkan kemudahan berasaskan teknologi digital bagi meningkatkan kemudahan dan kecekapan warga kerja.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rahman bin Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Interim RCB, melalui simbolik pelancaran kad ID baharu yang menandakan pengenalan identiti korporat kakitangan RCB dengan fungsi yang lebih praktikal dan moden.
Kad ID baharu ini bukan sahaja berfungsi sebagai pengenalan rasmi kakitangan, malah dilengkapi dengan teknologi Near Field Communication (NFC) bagi membolehkan perkongsian maklumat melalui digital business card serta fungsi Touch ‘n Go untuk memudahkan urusan pembayaran dan perjalanan harian.
Majlis turut disusuli dengan sesi taklimat dan demonstrasi penggunaan kad ID baharu bagi memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai fungsi, kelebihan serta panduan penggunaan kad, termasuk kaedah menghubungkan kad Touch ‘n Go dengan aplikasi TNG eWallet dan proses tambah nilai menggunakan teknologi NFC.
Melalui pengenalan kad ID baharu ini, RCB berharap dapat meningkatkan kemudahan kakitangan dalam urusan harian, memperkukuh identiti korporat serta menyokong aspirasi organisasi ke arah persekitaran kerja yang lebih moden, digital dan efisien.
