PROGRAM RCB PEDULI: SKIM PENDIDIKAN ANAK ANGKAT RURAL CAPITAL BERHAD (SPARC)

18 Januari 2023, Bangi – CEO dan wakil dari ibu pejabat RCB telah menyampaikan Inisisatif pemberian tunai untuk kelangsungan hidup dan pembelajaran yang akan disalurkan setiap 6 bulan kepada pelajar yang terpilih menerima Skim Pendidikan Anak Angkat Rural Capital Berhad (SPARC) di Infarstructure University Kuala Lumpur (IUKL).
Selain itu, pemberian kemudahan-kemudahan pembelajaran mengikut keperluan pelajar seperti komputer riba turut disumbangkan dan juga program peningkatan kemahiran.
Turut bersama menyampaikan sumbangan ialah Presiden IUKL dan Naib Canselor, Professor Dato’ Dr. Noor Inayah Binti Yaakub, Dekan IUKL Encik Hj. Md. Pilus Bin Md. Noor dan Pengarah Esekutif  Ikram Education Sdn Bhd, Mr Lenny Chong Ther Zern.
     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *