Kuala Kubu Baru, 14 Julai 2024:
Telah berlangsung program RCB Peduli Pendidikan dalam Mini Karnival Usahawan, Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Hulu Selangor yang bertempat di MRSM Kuala Kubu Baru. Rural Capital Berhad (RCB) telah memberikan sumbangan tunai dan perlindungan takaful berkelompok kepada 51 orang pelajar miskin dan pelatih Giatmara. Majlis ini dirasmikan oleh Ahli Majlis MARA, YBhg Dato Rosni Binti Sohar.
Program ini turut dihadiri oleh En. Mohd Johari Idham, Ketua Bahagian Khidmat Korporat RCB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *