Semanggol, 29 Oktober 2024- Program ini bertujuan mendekati para pelajar dan memberikan pendedahan berkaitan kesedaran seksual dalam kalangan remaja perempuan.
Pemberian sumbangan berupa pemberian Kit Asas Sanitari Wanita dan Perlindungan Takaful Berkelompok dengan jumlah perlindungan sebanyak RM3.7Juta kepada keseluruhan 150 orang pelajar. Program ini adalah kolaborasi Bersama Sekretariat Pembangunan Wanita & Masyarakat Negeri Perak. Selain itu, SMK Mudzaffar Shah, Simpang Empat Semanggol telah menjadi Tuan Rumah bagi program ini dilaksanakan.
Program dirasmikan oleh: Ybrs. Puan Jamilah Binti Zakaria (Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita & Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak). Turut serta dalam program ini Ybrs. En. Zolkefli Bin Jamaluddin (Timb. PPD Pembangunan Murid Daerah Kerian) Cik Nurul Fasihah Binti Abu Samah (Ketua Caw Negeri Perak, Rural Capital Bhd), Pn Rose Nabila Adawiyah Binti Rosli (Wakil RCB CN Perak), Pengetua, Guru-Guru Pengiring serta pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Kerian.