GELUGOR, 30 Oktober 2023 – Telah berlangsung Program Jom Mengopi 3.0 – Usahawan Kepada Usahawan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan HEBAT (HDC-USM Pulau PINANG), dengan kerjasama Yayasan Amal TYT dan Gabungan Usahawan-Usahawan Utara bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra (Universiti Sains Malaysia).
Rural Capital Berhad (RCB) mengambil peluang membuka reruai booth untuk menyampaikan maklumat berkenaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Takaful & Program Terminal Pembayaran Digital (EDC) kepada para usahawan yg hadir.
Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk memperkenalkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) daripada Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) serta RCB sebagai agensi pelaksana pembiayaan ini.
Untuk makluman, program ini dihadiri dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datoβ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau
Pinang.