Ahli Pengurusan

Sebagai sebuah syarikat yang menjalankan operasi perniagaan, RCB akan mengumpul Data Peribadi anda apabila anda memohon untuk menggunakan atau mendapatkan mana mana perkhidmatan dari kami, berkomunikasi dengan kami atau penglibatan anda dengan pihak kami secara apa jua cara. Sebagai balasan, kami mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk menawarkan kepada anda perkhidmatan kami, mengekalkan rekod kami atau menghantar maklumat yang berkaitan dan bersesuaian kepada anda.

Menerusi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP 2010), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda mengenai perkara-perkara berikut:

  • bahawa data peribadi anda yang sedang diproses oleh kami atau bagi pihak kami, hendaklah diberi penerangan penggunaan data peribadi itu kepada anda;
  • data peribadi itu sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya;
  • apa-apa maklumat yang ada pada kami tentang sumber data peribadi itu;
  • anda berhak meminta akses kepada kami untuk meminta pembetulan terhadap data peribadi anda;
  • cara atau kaedah untuk anda menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi;
  • golongan pihak ketiga yang kepadanya pihak kami menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi itu;
  • pilihan dan cara yang ditawarkan oleh kami kepada anda bagi menghadkan pemprosesan data peribadi, termasuklah data peribadi yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi itu;
  • sama ada wajib atau sukarela bagi anda untuk memberikan data peribadi itu; dan
  • jika wajib bagi anda untuk memberikan data peribadi, dan akibat sebaliknya jika anda tidak memberikan data peribadi itu.

Kerahsiaan anda adalah penting kepada kami. Justeru, kami sentiasa komited untuk sentiasa melindungi Data Peribadi anda dengan mengumpul dan menggunakan Data Peribadi anda sebaiknya tertakluk kepada APDP 2010.

Bagi maksud Notis Kerahsiaan ini, sila ambil perhatian bahawa:

Data Peribadi” merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini mungkin termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, pekerjaan, maklumat perhubungan, jenis produk dan/atau perkhidmatan melanggan dan apa-apa maklumat lain yang perlu mengenai diri anda dan urusan anda temasuk Data Peribadi Sensitif.

Data Peribadi Sensitif” merujuk kepada apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

 

Jenis Data Peribadi yang dikumpulkan dan bagaimana ia dikumpulkan?

Selain daripada yang dinyatakan di atas, kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk satu atau lebih daripada maksud yang berikut:

  • Mengurus dan mengekalkan maklumat anda melalui kemas kini cara berterusan, penyatuan dan meningkatkan ketepatan rekod kami. Dengan cara ini kami boleh bertindak balas kepada pertanyaan, aduan dan secara amnya menyelesaikan pertikaian dengan segera supaya kami boleh meningkatkan perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami;

  • Menjalankan penyelidikan untuk tujuan penganalisaan, pencarian data dan analisa transaksi/penggunaan perkhidmatan untuk lebih memahami kedudukan kewangan/pelaburan semasa anda dan keperluan masa hadapan. Kami juga akan menghasilkan data, laporan dan statistik dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, maklumat tersebut akan digabungkan supaya identiti anda akan kekal sulit. Dalam keadaan tertentu, ia mungkin perlu jika diperlukan untuk mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui rujukan cek atau laporan kredit;

  • Mematuhi kehendak mana-mana undang-undang yang mengikat kami seperti mengadakan pemeriksaan anti pengubahan wang haram, pengesanan/pencegahan jenayah, pendakwaan, perlindungan atau penguatkuasaan hak kami untuk mendapatkan apa jua hutang yang terhutang kepada kami termasuk memindahkan atau menyerahhak kami, kepentingan dan obligasi kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami;

  • Melaksana perkhidmatan perkongsian dalam RCB seperti audit, unit berkaitan siasatan, pematuhan, perundangan, sumber manusia, pengurusan risiko termasuk menilai risiko kewangan dan insurans;

  • Mengaturkan perniagaan dan operasi dalam lingkungan RCB; dan

  • Maksud lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan.

Kami akan mendapatkan kebenaran anda sebelum menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Kerahsiaan ini dan/atau dalam terma mana-mana perjanjian anda dengan RCB.

 

Pendedahan Data Peribadi anda

Bagi menyediakan anda perkhidmatan kami, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat tertentu mengenai anda kepada pihak ketiga seperti berikut:

  • ejen-ejen kami, pembekal perkhidmatan, vendor dan/atau penasihat profesional seperti akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan yang membantu kami dalam pemprosesan, mentadbir, memenuhi transaksi atau menyediakan perkhidmatan menambah nilai yang anda minta;

  • mana-mana orang yang diberi kuasa atau dilantik oleh anda untuk memberi arahan kepada kami bagi pihak anda seperti ejen, akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan, broker dan pengantara;

  • mana-mana individu atau orang yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami atau memindahkan hak-hak dan obligasi di bawah perjanjian anda dengan kami;

  • mana-mana pihak ketiga yang wujud daripada penyusunan semula kemudahan yang diberikan kepada anda, penjualan hutang, pemerolehan atau penjualan mana-mana syarikat dengan RCB dengan syarat penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama kerana ia pada asalnya yang dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami;

  • institusi kewangan yang lain bagi maksud memenuhi transaksi diperlukan anda;

  • mana-mana ejensi penarafan, ejensi-ejensi laporan kredit, syarikat insurans, broker insurans, syarikat insurans semula atau pembekal langsung/tidak langsung perlindungan kredit dan sekiranya berlaku keingkaran kemudahan yang diberi kepada anda, untuk ejensi-ejensi kutipan hutang; dan/atau

  • pihak berkuasa berwibawa dan/atau pengawal selia, termasuk pengawal selia asing bagi pelaksanaan fungsi mereka, tertakluk kepada setiap masa pada mana-mana undang-undang, termasuk undang-undang asing berkenaan RCB.

Sebaliknya, kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada orang lain, kecuali di mana:

  • kami dibenarkan untuk berbuat demikian oleh anda;
  • kami dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang;
  • kami dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas RCB;
  • kami boleh memindahkan hak dan obligasi di bawah perjanjian kami dengan anda; dan/atau
  • kami diperlukan untuk memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan.

Adalah ditegaskan bahawa pada setiap masa, kami akan menghormati dan melindungi privasi dan kerahsiaan Data Peribadi anda.

 

Keselamatan Data Peribadi anda

Kami meletakkan seluruh kepentingan dalam memastikan keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi dan berterusan mengkaji semula dan melaksanakan pengemaskinian langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi apabila memproses Data Peribadi anda.

 

Penyimpanan Data Peribadi

Data Peribadi anda akan disimpan selaras dengan Notis Kerahsiaan ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda dengan mana-mana entiti RCB bagi jangka masa hubungan anda atau untuk apa-apa tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan kedua-dua pihak RCB dan anda. Penyimpanan tersebut juga adalah diperlukan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau mengikut polisi dalaman kami.

 

Hak anda untuk mengakses dan membetulkan Data Peribadi

Jika anda ingin mengakses dan/atau membuat pembetulan kepada Data Peribadi anda, anda boleh membuat permohonan bertulis dan kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda dalam masa 30 hari selepas menerima permohonan lengkap anda dan yuran pemprosesan yang relevan.

Sila ambil perhatian bahawa kami boleh menolak permohonan anda untuk akses kepada Data Peribadi anda dalam keadaan tertentu, sebagai contoh apabila kami
tidak dapat mengesahkan identiti anda, di mana maklumat yang diminta adalah bersifat sulit secara komersil atau apabila terdapat permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan anda sebab-sebab yang kami tidak dapat memenuhi permintaan anda. Kami juga boleh meminta lebih banyak bukti bertulis untuk mengelakkan kejadian penipuan dan/atau maklumat yang tidak tepat.

Bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik, kami perlu mendapatkan bantuan anda bagi memastikan Data Peribadi anda sentiasa dikemaskini.

 

Di mana data peribadi diberikan oleh anda tidak lengkap

Adalah wajib bagi anda dalam keadaan tertentu untuk menyediakan Data Peribadi tertentu untuk membolehkan kami memproses permohonan anda atau untuk anda melanggan perkhidmatan kami. Jika anda tidak dapat atau enggan memberikan apa-apa Data Peribadi mandatori, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan anda dengan perkhidmatan tersebut.

 

Semakan Notis Kerahsiaan

Notis Kerahsiaan kami boleh disemak dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebarang semakan, ia akan dipaparkan di laman sesawang (website) RCB dan/atau lain-lain cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh kami. Walau bagaimanapun, sebarang semakan akan mematuhi kehendak APDP.

 

Pertanyaan / Aduan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Notis Kerahsiaan ini, anda boleh menghubungi Unit Pematuhan atau Integriti dan Governans kami menerusi:

  • No. Telefon: 03-26381026
  • Alamat Surat Menyurat: Rural Capital Berhad,Aras 14, Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Polisi

DASAR PEMBERI MAKLUMAT

Notis

KERAHSIAAN RURAL CAPITAL BERHAD

Muat Turun

BORANG PEMBERI MAKLUMAT