SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED)
SKIM KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH (KKDW)
Melalui peruntukan dana daripada Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), Rural Capital Berhad (RCB) menawarkan kemudahan pembiayaan bagi membiayai kos menaik taraf perniagaan termasuk pembelian aset, mesin, peralatan dan jentera serta bahan mentah yang berlandaskan syariah ke arah pembangunan perniagaan usahawan Bumiputera luar bandar.
SKIM PEMBIAYAAN KONTRAK PERKHIDMATAN DAN PEMBEKALAN (SKOPP)
DENGAN KERJASAMA GIAT MARA, MALAYSIA
Dana sebanyak RM10 juta bagi membiaya projek Bina Baharu di bawah Program Perumahan Termiskin (PPRT) dengan kerjasama dari GIATMARA Sendirian Berhad.