Bentuk Pembiayaan
- Modal Kerja
- Aset/Mesin/Peralatan
- Kerja Kontrak
- Bangunan/ Premis
- Kenderaan
Kelayakan
- Perusahaan, perkongsian, syarikat persendirian dan koperasi dimiliki sepenuhnya pegangan individu yang merupakan 100% Bumiputera iaitu Melayu, Orang Asli dan Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak serta beroperasi/ berdaftar diluar bandar.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun sewaktu permohonan.
- Usahawan sepenuh masa (pemilik tunggal dan rakan kongsi).
- Mempunyai lesen perniagaan yang sah (SSM atau SKM atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak).
- Mempunyai Lesen Perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT/ Lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.
- Memiliki pejabat pengurusan (Bukan premis kediaman).
- Tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kerajaan.
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.
Konsep Pembiayaan Berlandaskan Syariah
- Tawaruq (Commodity Murabahah)
- Wakalah Bil Ujrah : Wakalah bermaksud pihak Pemilik Dana (KKDW) sebagai Muwakkil bersetuju untuk mewakilkan Rural Capital Berhad bagi menyalurkan pembiayaan dan mengutip bayaran bagi pihak mereka. Sebagai imbalan terhadap perkhidmatan oleh tersebut, Rural Capital Berhad akan dibayar ujrah/ upah atau yuran perkhidmatan oleh pihak Pemilik Dana (KKDW).
Had Pembiayaan
- Had pembiayaan tidak melebihi RM250,000 untuk satu permohonan.
- Tempoh memohon pembiayaan ialah satu tahun selepas tarikh pengeluaran pembiayaan sedia ada.
- Tawaran pembiayaan terkumpul yang diluluskan adalah sehingga RM500,000 sahaja dengan tiga (3) kali permohonan.
Tempoh Pembiayaan
- Tiga (3) tahun sehingga tujuh (7) tahun.
- Jadual bayaran ansuran adalah tertakluk kepada penilaian kredit RCB.
Kadar Keuntungan
- 3.5% (berdasarkan baki bulanan untuk jumlah pembiayaan yang diluluskan).
Pemberian 30% Geran Kerajaan (Mukasah)
- Pemberian rebat sebanyak 30% Geran Kerajaan dari nilai pembiayaan pokok yang dikeluarkan.
- Tempoh masa bagi permohonan 30% Geran Kerajaan ialah apabila bayaran pembiayaan mencapai 70% (70% pembiayaan pokok + 3.5% kadar keuntungan RCB).
Cagaran
- Cagaran tidak diperlukan untuk pembiayaan ini melainkan untuk mesin/peralatan yang dibiayai.
Takaful
- Pemohon diwajibkan mengambil polisi takaful ke atas mesin/peralatan sepanjang tempoh pembiayaan ini.
- Bagi pembiayaan bukan mesin, syarat mengambil polisi insurans/takaful akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.
Muat Turun
SPED hanya dibuka kepada usahawan Bumiputera perniagaan beroperasi dan berdaftar serta mempunyai alamat / cawangan berdafter di Luar Bandar dengan merujuk kepada takrifan senarai Parlimen di bawah Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) seperti berikut:
(dikemaskini sehingga 20 Jun 2020)
PERLIS – Arau, Kangar, Padang Besar
KEDAH – Alor Setar, Baling, Jerai, Jerlun, Kuala Kedah, Kubang Pasu, Kulim-Bandar Baharu, Langkawi, Merbok, Padang Serai, Padang Terap, Pendang, Pokok Sena, Sik dan Sungai Petani.
PULAU PINANG – Balik Pulau, Batu Kawan, Bayan Baru, Bukit Mertajam, Kepala Batas, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.
PERAK – Bagan Datuk, Bagan Serai, Batu Gajah, Beruas, Bukit Gantang, Gerik, Gopeng, Kampar, Kuala Kangsar, Larut, Lenggong, Lumut, Padang Rengas, Parit, Parit Buntar, Pasir Salak, Sungai Siput, Tambun, Tanjong Malim, Tapah dan Telok Intan.
SELANGOR – Hulu Langat, Hulu Selangor, Kapar, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang, Sungai Besar dan Tanjong Karang.
NEGERI SEMBILAN – Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rasah, Rembau dan Tampin.
MELAKA – Alor Gajah, Hang Tuah Jaya, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu.
JOHOR – Ayer Hitam, Bakri, Batu Pahat, Iskandar Puteri, Kluang, Kota Tinggi, Kulai, Labis, Ledang, Mersing, Muar, Pagoh, Parit Sulong, Pengerang, Pontian, Segamat, Sekijang, Sembrong, Simpang Renggam, Sri Gading, Tanjong Piai, dan Tenggara.
PAHANG – Bentong, Bera, Cameron Highlands, Indera Mahkota, Jerantut, Kuala Krau, Kuantan, Lipis, Maran, Paya Besar, Pekan, Raub, Rompin dan Temerloh.
KELANTAN – Bachok, Gua Musang, Jeli, Ketereh, Kota Bharu, Kuala Krai, Kubang Kerian, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Tanah Merah, dan Tumpat.
TERENGGANU – Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, dan Setiu.
SABAH – Batu Sapi, Beaufort, Beluran, Kalabakan, Keningau, Kimanis, Kinabatangan, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Labuan, Libaran, Papar, Penampang, Pensiangan, Putatan, Ranau, Sandakan, Semporna, Sepanggar, Silam, Sipitang, Tawau, Tenom dan Tuaran.
SARAWAK – Bandar Kuching, Baram, Batang Lupar, Batang Sadong, Betong, Bintulu, Hulu Rajang, Igan, Julau, Kanowit, Kapit, Kota Samarahan, Lanang, Lawas, Limbang, Lubok Antu, Mas Gading, Miri, Mukah, Petra Jaya, Puncak Borneo, Santubong, Saratok, Sarikei, Selangau, Serian, Sibu, Sibuti, Sri Aman, Stampin dan Tanjong Manis