Tujuan Pembiayaan

  • Memberikan pembiayaan kepada usahawan lepasan GIATMARA
  • Sebagai alternatif bagi yang sukar mendapatkan pembiayaan kontrak pembinaan dari bank.

Objektif

  • Memperkasa keupayaan usahawan Bumiputera lepasan GIATMARA.
  • Memberi peluang pembiayaan bersasar kepada kontraktor kecil dalam menjayakan projek berskala besar.
  • Mengadakan kolabrasi strategik Bersama GIATMARA serta agensi berkaitan bagi membantu pembangunan usahawan lepasan GIATMARA.
  • Memastikan kualiti dan kelastrian pelaksanaan projek PPRT dalam tempoh jangka masa Panjang.
  • Memudahcara proses penerimaan pembiayaan agar kerja kontrak dan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Konsep

  • Prinsip-prinsip pembiayaan Islam berdasarkan kepada konsep patuh Syariah – Kredit Pusingan Tawarruq
  • Menggunakan fasiliti yang diberikan untuk kontrak yang diterima dalam tempoh pembiayaan

Kaedah Pembayaran Semula

  • Pembayaran terus daripada GIATMARA selaku Pemberi Kontrak ke dalam akaun RCB setelah Surat Ikatan Perjanjian ditandatangani

Syarat Syarat Pembiayaan

  • Usahawan Bumiputera lepasan GIATMARA yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi had umur 60 tahun sewaktu permohonan.
  • Usahawan dibawah GIATMARA dan telah menyertai kursus kontraktor berkaitan (i.e Kursus Peningkatan Kontraktor GIATMARA).
  • Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan.
  • Mendaftarkan perniagaan di bawah Syarikat Suruhanjaya Malaysia.
  • Syarikat bebas dari Senarai Hitam MARA dan Institusi Kewangan Lain.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan penyata bank dan setahun akaun pengurusan / akaun beraudit.
  • Mempunyai premis perniagaan yang berdaftar.
  • Mempunyai rekod-rekod kerja kontrak yang baik sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Berupaya menyuntik modal komitmen sebanyak 10% daripada jumlah nilai kontrak