Kuala Lumpur, 19 Januari 2023 – RCB telah menerima satu kunjung hormat dari pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Ibu Pejabat Rural Capital Berhad (RCB), Kuala Lumpur.
Pertemuan ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dan sinergi baru di antara RCB dan YPM berkenaan penubuhan Wakaf Amanah Rakyat (WARak) dimana YPM adalah bertanggungjawab untuk mengumpul, mengurus dan mengagihkan manfaat wakaf amanah rakyat tersebut.
Delegasi YPM di ketuai En. Puarsuha bin Ab Razak, Pengurus Seksyen Agihan, Rekod dan Pemantauan Dana Wakaf, Tuan Haji Mohd Zul Fadlain bin Abdullah, Puan Nor Hasniza binti Ali Sabran dan Cik Nur Azlin binti Ismail selaku wakil dari Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari MARA.