Kuala Lumpur, 12 Jun 2025 – Rural Capital Berhad (RCB) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Perak sempena pelantikan RCB sebagai Ejen Pengurusan Kutipan Hutang bagi Yayasan Perak. Sesi kunjungan berlangsung di Ibu Pejabat RCB, Menara MARA, Kuala Lumpur.
Pelantikan ini merupakan langkah strategik ke arah memperkukuh keberkesanan kutipan pinjaman dan memperluas impak positif terhadap pembangunan masyarakat. Selain sesi penyampaian dokumen pelantikan, kedua-dua pihak turut mengadakan perbincangan dua hala berkaitan peluang kerjasama perniagaan serta meninjau operasi Pusat Panggilan RCB yang turut beroperasi di Menara MARA.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB; Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak; Puan Nur Huda binti Yusoff, Pengurus Kewangan Yayasan Perak; dan Puan Nurhidayah binti Harun, Eksekutif Kewangan Yayasan Perak, bersama barisan pengurusan kanan RCB.
RCB merakamkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan. Semoga pelantikan ini membuka lembaran baharu ke arah penyampaian perkhidmatan kutipan yang lebih cekap dan berimpak tinggi.
Terima kasih Yayasan Perak atas kesudian hadir ke pejabat kami. Semoga jalinan kerjasama ini terus memberi manfaat kepadaΒ semuaΒ pihak!
β€œPendidikan adalah senjata paling ampuh untuk mengubah dunia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *