RCB SUMBANG RM100,250 BAGI MENYOKONG INISIATIF CSR PENDIDIKAN YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM) TAHUN 2026

KUALA LUMPUR, 25 November 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) terus komited dalam menyokong pembangunan pendidikan Bumiputera menerusi sumbangan berjumlah RM100,250.00 kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi tahun 2026.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan RCB dalam menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif pendidikan YPM, khususnya dalam memperluas akses kepada peluang pendidikan serta memberi manfaat kepada golongan sasar di seluruh negara.
YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi RCB telah menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan ini secara simbolik menerusi penyerahan mock-up cek kepada YBrs. Encik Faisalludin bin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, disaksikan bersama YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Haji Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Sumbangan ini mencerminkan komitmen RCB sebagai sebahagian daripada ekosistem MARA dalam memainkan peranan menyokong agenda pembangunan pendidikan dan melahirkan modal insan Bumiputera yang berilmu, berkemahiran serta berdaya saing.
Semoga dengan usaha ini dapat memperkasakan lagi pendidikan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat dan anak-anak bangsa demi masa depan yang lebih mampan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *