Kuala Lumpur, 21 Disember 2022 – Rural Capital Berhad (RCB) pada hari ini telah mengadakan satu program Townhall RCB 2022 yang telah melibatkan semua kakitangan RCB di Ibu pejabat dan di atas talian bagi kakitangan yang berada di cawangan negeri.
Objektif penganjuran program ‘Townhall’ ini adalah untuk membentang bajet dan sasaran 2023 khasnya dan juga 2024-2025 serta menyediakan satu platform bagi pihak pengurusan mengiktiraf kerja keras kakitangan RCB sepanjang tahun 2022 dan pembentangan strategi yang bakal memacu pertumbuhan syarikat ke hadapan. RCB juga mensasarkan pertambahan kadar pertumbuhan syarikat sebanyak 30% pada tahun 2023.
Program disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Hiruddin bin Hashim selaku Ketua Pegawai Eksekutif RCB dan turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *