PROGRAM PEACE OF MIND 6.0 PERINGKAT PEJABAT MARA NEGERI PAHANG
Program Peace of Mind 6.0 (POM 6.0) adalah merupakan sebuah program yang dirangka khusus sebagai salah satu program untuk βmerakyatkan MARAβ dengan menyediakan platform kepada penerima kemudahan MARA termasuk pembiayaan samada dalam konteks perniagaan/perusahaan atau pendidikan serta penyewaan premis perniagaan ke arah pengurusan kredit yang lebih baik dengan tagline βUsah Bimbamg, Jom Bincangβ.
Oleh itu, Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA bersama Pejabat MARA Negeri Pahang dan 11 Pejabat MARA Daerah di seluruh negeri Pahang dengan kerjasama anak syarikat MARA iaitu Rural Capital Berhad (RCB) telah menganjurkan Program Peace Of Mind 6.0 selama Dua (2) hari bermula 28 Oktober 2024 dan berakhir pada 29 Oktober 2024.
Program ini merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan runding cara kepada kumpulan sasar berkenaan pengurangan / penangguhan / penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran, penjadualan / penstrukturan semula bayaran balik pembiayaan perniagaan, semakan status kredit kemudahan pinjaman/pembiayaan/sewaan premis MARA, pemutihan senarai hitam dan kemudahan pembayaran melalui aplikasi MARAeps.