Shah Alam, 2 Mei 2024 – Pihak RCB Cawangan Negeri Selangor telah menerima lawatan daripada Encik Dorumin bin Simin, Pegawai Projek Khas GIATMARA Selangor bagi membincangkan taklimat berkenaan Skim Pembiayaan Kontrak Perkhidmatan dan Pembekalan (SKOPP) berserta Produk-Produk Takaful yang akan diadakan semasa cabutan undi bagi projek-projek PPRT di bawah GIATMARA yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan Mei ini.