Kuching, 25 April 2024 – Pihak RCB Cawangan Negeri Sarawak telah dijemput untuk memberi taklimat berkenaan dengan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang diadakan semasa Mesyuarat Pengurusan di Pejabat MARA Negeri Sarawak pada pukul 8.30 pagi tadi. Pegawai yang turut hadir ke mesyuarat tersebut juga adalah wakil-wakil pegawai dari Pejabat MARA Daerah Sarawak.
Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan yang lebih terperinci berkenaan dengan program pembiayaan SPED serta mengeratkan lagi silahturahim di antara pegawai RCB dan pegawai MARA Sarawak.
Disamping itu juga, pihak RCB mengambil peluang ini untuk memberi penekanan tentang produk RCB iaitu Skim Pembiayaan Kontrak Perkhidmatan Dan Pembekalan (SKOPP) dan produk Takaful.
Dengan kesempatan ini juga, pihak RCB mengambil initiatif bersama pihak PMD dan Unit Kawalan Kredit MARa dengan berdiskusi tentang langkah-langkah yang harus diambil untuk meningkatkan prestasi kutipan portfolio MARA.
Pegawai RCB yang terlibat adalah Puan Siti Azyinie (Ketua Cawangan Negeri Sarawak) Puan Nur Stephanie (Eksekutif Pembiayaan), Encik Arif (Tele-Collector) dan Encik Aiman (Tele-Collector).