Singgah Sahur RCB Bersama Frontliners Menyemarakkan Ramadan!

15 Mac 2025, Kuala Lumpur – Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah, Rural Capital Berhad dengan rasa syukur telah menganjurkan Program Singgah Sahur RCB Bersama Frontliners untuk menyantuni mereka yang bertugas tanpa mengenal waktu.

Program ini bertujuan untuk menghulurkan sekeping kasih dan sepiring juadah sahur kepada wira-wira masyarakat yang sentiasa menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim bersama En. Mohd Johari Idham bin Amiruddin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Puan Nurul Syahmimi binti Zoll, Memangku Tugas Ketua Unit Komunikasi Korporat telah menyempurnakan serahan tersebut diikuti kakitangan RCB yang lain. Melalui inisiatif ini, pihak RCB berbesar hati dapat memberikan sedikit keceriaan kepada frontliners yang berkorban demi keselamatan negara. Ia adalah merupakan tanda kecil penghargaan kami terhadap usaha dan dedikasi mereka yang tidak ternilai harganya.

Antara lokasi yang terpilih adalah Hospital Al-Islam Kampung Baru, Balai Bomba Titiwangsa, Hospital Tunku Azizah, Balai Bomba Jalan Tun Razak, Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Balai Polis Dang Wangi, Security Guard Hotel Premiera & Polis Bantuan MARA.

Senyuman yang terpancar di wajah mereka apabila menerima sumbangan juadah sahur memberi semangat kepada kami untuk terus menyemarakkan nilai-nilai kasih sayang dan kepedulian dalam komuniti.
Bersama kita hargai dan sokong para frontliners Nantikan lebih banyak program seperti ini daripada kami dalam usaha untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *