Kuala Lumpur, 29 April 2025 – YBrs. Encik Yahaya bin Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat Rural Capital Berhad (RCB). Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi harian RCB serta memperkukuhkan hubungan antara syarikat induk dan anak syarikat.
Dalam sesi walkabout tersebut, Encik Yahaya telah berinteraksi dengan kakitangan RCB, mendengar taklimat mengenai pencapaian semasa, serta membincangkan strategi masa depan yang selari dengan visi MARA Corporation untuk memperkasakan pembangunan ekonomi Bumiputera melalui penyediaan perkhidmatan kewangan dan pelaburan yang efisien.
Lawatan ini mencerminkan komitmen MARA Corporation dalam memastikan setiap anak syarikatnya beroperasi dengan cekap dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat korporat keseluruhan.