Seremban | 8 Januari 2026
Rural Capital Berhad (RCB) bersama delegasi Pengurusan Tertinggi MARA Corporation serta Pengarah MARA Negeri Sembilan telah mengadakan sesi libat urus bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, bertempat di pejabat beliau hari ini.
Sesi ini bertujuan membincangkan perkhidmatan serta produk yang ditawarkan oleh MARA, MARA Corporation dan anak syarikatnya, khususnya dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi dan komuniti setempat.
Perbincangan ini telah disambut baik oleh pihak Datuk Bandar dan diharapkan kerjasama strategik yang terjalin dapat memberi manfaat bersama, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan organisasi serta peningkatan pendapatan syarikat.
