RCB Sertai Program Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) Anjuran KKDW, bagi Memperkenal Produk SPED dan Menyokong Ekonomi Desa

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2025 – Rural Capital Berhad (RCB), anak syarikat milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd telah menyertai Program Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Penyertaan ini membuktikan komitmen RCB dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk memperkasa komuniti luar bandar melalui penyediaan pembiayaan mikro patuh syariah, bimbingan keusahawanan dan solusi kewangan digital.
Sepanjang program, RCB memanfaatkan platform reruai pameran bagi mempromosikan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) — satu inisiatif utama RCB yang menyediakan akses kepada usahawan desa mengembangkan perniagaan mereka. Skim ini direka khusus untuk memastikan proses permohonan yang mudah, cepat dan mesra pelanggan.
Turut diketengahkan ialah produk-produk sokongan lain termasuk terminal pembayaran (EDC), soundbox, dan takaful perniagaan, yang disasarkan kepada peniaga kecil dan sederhana luar bandar sebagai galakan ke arah pendigitalan transaksi.
Melalui penyertaan di MK3D ini, RCB turut menjalankan sesi khidmat nasihat percuma serta penyebaran bahan informasi berkaitan literasi kewangan.
RCB akan terus menyokong inisiatif strategik kerajaan melalui pelbagai pendekatan kewangan inklusif dan inovatif, demi memastikan komuniti desa tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *