19 Mac 2025, Melaka – Pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini, Rural Capital Berhad (RCB) dengan rasa syukur telah menjadi penaja utama bagi Majlis Iftar dan Sumbangan Aidilfitri Santuni Asnaf Kariah Masjid Hasaniah Kuala Sungai Baru, Melaka anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Majlis yang diadakan di Rumah Kahwin, Kuala Sungai Baru ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Afandi bin Nordin, Ahli Lembaga Pengarah RCB, dan YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB bersama warga kerja RCB.
Seramai 150 orang asnaf telah menerima bantuan zakat dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM22,500.00 sebagai tanda keprihatinan pihak syarikat terhadap mereka yang memerlukan. Inisiatif ini adalah sebahagian dari komitmen RCB dalam meringankan beban komuniti asnaf sekaligus membawa semangat perpaduan dan kasih sayang melalui majlis iftar yang diadakan bersama. Kami percaya bahawa usaha kecil ini mampu memberikan impak besar kepada mereka yang memerlukan terutamanya dalam bulan penuh rahmat ini.
Ikuti perjalanan kami di platform media sosial rasmi RCB untuk lebih banyak inisiatif bermanfaat seperti ini.