KUALA LUMPUR, 18 Julai 2025 β Rural Capital Berhad (RCB) meneruskan komitmennya dalam memupuk budaya inovasi menerusi penganjuran Pitching Day: RCB Innovates 2025 yang berlangsung pada hari ini di Batu Road Ballroom, Ideas Hotel, Kuala Lumpur.
Program yang dianjurkan oleh Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) RCB ini merupakan platform kemuncak bagi peserta membentangkan projek inovasi hasil pembangunan dalaman syarikat sepanjang tahun ini. Sebanyak lapanΒ kumpulan telah membentangkan idea dan penyelesaian kreatif mereka yang berpotensi mempertingkatkan kecekapan kerja dan menyumbang kepada produktiviti organisasi.
Acara ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim bersama pihak pengurusan tertinggi RCB, serta juri profesional jemputan iaitu Puan Zuliana Haslinda, Pengetua MRSM PDRM selaku Ketua Juri yang juga merupakan pemenang gold and outstanding award pertandingan inovasi peringkat nasional dan antarabangsa dan Encik Hasnan Harun, Penolong Pengarah Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif MARA selain penyertaan kakitangan dari seluruh negara yang turut mengikuti siaran langsung secara dalam talian.
Sebagai tanda penghargaan dan galakan kepada usaha yang ditonjolkan, hadiah wang tunai ditawarkan kepada para peserta, termasuk hadiah utama bernilai RM2,000 kepada juara, diikuti RM1,600 untuk naib juara, RM1,200 untuk tempat ketiga dan RM800 untuk tempat keempat. Empat kumpulan turut menerima hadiah saguhati sebanyak RM500 setiap satu. Selain itu, tiga anugerah khas turut diberikan iaitu Anugerah Khas Juri 2025, Anugerah Mentor Inovatif 2025 dan Anugerah Individu Perintis Inovasi 2025, masing-masing membawa pulang RM300.
Memetik kata-kata ucapan Tuan Haji Hiruddin, Pitching Day ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk mengemukakan penyelesaian kepada isu tempat kerja, malah menyemai semangat berfikir secara kreatif serta memperkasakan budaya inovasi dalam kalangan warga kerja.
RCB komited untuk terus menyokong inisiatif seperti ini sebagai sebahagian daripada strategi peningkatan kualiti perkhidmatan dan pencapaian korporat yang lebih cemerlang. Dengan penganjuran Pitching Day: RCB Innovates 2025, RCB terus membuktikan bahawa inovasi bukan sekadar idea, tetapi satu keperluan strategik dalam memacu kemajuan dan daya saing organisasi. Diharapkan program ini akan terus menjadi platform tahunan yang mencungkil bakat, memperkasa potensi dan menyemarakkan budaya inovasi di seluruh RCB.