Kota Bharu, 22–23 September 2025 – Cawangan RCB Negeri Kelantan dengan kerjasama Unit Pembiayaan (UPN) & Unit Teknologi Digital (UTD) telah menyertai Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) Siri 4/5 Tahun 2025 anjuran Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) dengan kerjasama ELokal Sdn. Bhd. yang berlangsung di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
Program usahawan ini menghimpunkan lebih daripada 209 usahawan kecil dan sederhana di samping penglibatan lebih 15 rakan strategik yang menawarkan pelbagai produk bagi membantu dalam pembangunan usahawan.
Melalui pembukaan reruai, RCB berpeluang memperkenalkan produk-produk RCB iaitu Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Perlindungan Takaful dan RuralPay. Program PPU ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Noraina binti Masduki@Abdul Manan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KKDW.