PROGRAM PEMERKASAAN WANITA 2024

LUMUT, 19 Oktober 2024 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan Program Pemerkasaan Wanita Peringkat Lumut yang disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zamry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

RCB turut dijemput dalam program ini dan tumpuan program adalah kepada usahawan wanita di Parlimen Lumut bagi memperkasakan mereka dalam pelbagai aspek keusahawanan yang disediakan oleh MARA termasuk latihan keusahawanan, premis perniagaan serta skim pembiayaan perniagaan.

Hadir sama sewaktu program adalah YBhg. Dato’ Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA dan Encik Rizal Effendi bin Razali, Pengarah MARA Negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *